Isnin, 23 Januari 2006

Pengiraan Min, Median , Mod


6,5,1,2,4,3,1,1


1. Min (Mean)

(1+1+1+2+3+4+5+6) ÷ 8 (jumlah nombor) = 2.875

2. Median

Susun dahulu nombor mengikut turutan,


1,1,1,2,3,4,5,6 , jika bilangannya genap, ambil dua nombor di tengah-tengah, 2 dan 3. Kemudian cari min bagi nombor tersebut. (2+3) ÷ 2 = 2.5

3. Mod

Nombor yang lebih banyak muncul. Dalam situasi ini, nombor 1 paling banyak muncul iaitu sebanyak tiga kali.