Selasa, 23 Oktober 2012

ekuinas

Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) ditubuhkan pada 1 September 2009. Ekuinas merupakan sebuah syarikat berkaitan Kerajaan yang mengendalikan pengurusan dana ekuiti persendirian dengan matlamat untuk membantu Bumiputera memiliki saham terpilih serta menyelamatkan ekuiti Bumiputera jatuh ke tangan orang lain selain menggalakkan pegangan ekuiti dan penglibatan Bumiputera di dalam sektor ekonomi berdaya saing tinggi melalui penubuhan syarikat-syarikat peneraju gergasi baru di Malaysia. Bagi menubuhkan Ekuinas, Kerajaan Malaysia telah menyediakan dana permulaan dalam bentuk geran dalam sebuah tabung amanah dikenali sebagai Yayasan Ekuiti Nasional.
Pemegang-pemegang amanah Yayasan Ekuiti Nasional termasuklah :
  • YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri, Menteri Kewangan
  • YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran
  • YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • YB Dato'Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Nila-nilai Ekuinas
1) Didorong secara komersial
2) Prestasi tinggi
3) Berpegang pada merit
4) Bersemangat
5) Fokus
6) Rendah diri

RM5 Bilion Skim Ekuinas Bantu Bumiputera

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM5 bilion menerusi Skim Ekuinas yang diwujudkan oleh Kementerian Kewangan sebagai peruntukan awal untuk membantu bumiputra memiliki saham terpilih. Contohnya, jika terdapat kaum bumiputera yang ingin menjual sahamnya disebabkan ingin bersara daripada perniagaan, kerajaan boleh menimbangkan bantuan itu.

Langkah itu bukan bertujuan untuk merampas pemilikan saham yang dimiliki oleh kaum lain sebagaimana yang dibimbangkan sesetengah pihak, sebaliknya ia selaras dengan arahan Perdana Menteri yang mahu menambahkan pemilikan saham di kalangan bumiputera supaya mereka tidak jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan