Isnin, 8 Ogos 2016

Majlis Keselamatan PBB

Majlis Keselamatan PBB adalah majlis yang dianggotai oleh sebilangan ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan lima daripadanya adalah anggota tetap yang memiliki kuasa pembatal (kuasa veto); iaitu Amerika SyarikatUnited KingdomPerancisChina dan Rusia. Ia merupakan organ PBB yang berfungsi untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di kalangan negara-negara. Di mana organ lain PBB hanya boleh membuat cadangan kepada ahli-ahli kerajaan, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan resolusi yang mesti dipatuhi oleh kerajaan negara ahli di bawah Piagam PBB. Keputusan-keputusan majlis dikenali sebagai Resolusi Majlis Keselamatan PBB. Presiden Majlis Keselamatan ini digilir-gilirkan dan berakhir hanya untuk setiap bulan bagi setiap giliran.

Anggota tetap

Ahli-ahli yang tetap mempunyai kuasa veto (kuasa dunia) terhadap mana-mana resolusi yang diluluskan oleh Majlis. Ahli-ahli tetap yang asal semasa penubuhan Majlis Keselamatan dipilih daripada negara-negara yang menang semasa Perang Dunia Kedua:
  • Republik Rakyat China Republik Rakyat China
  • Perancis Perancis
  • Rusia Persekutuan Rusia
  • United Kingdom United Kingdom
  • Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Wakil-wakil tetap negara itu dalam Majlis Keselamatan adalah:
  • Republik Rakyat China Li Baodong,
  • Perancis GĂ©rard Araud,
  • Rusia Vitaly Churkin,
  • United Kingdom Mark Lyall Grant,
  • Amerika Syarikat Susan Rice.

Anggota Lantikan

10 lagi anggota dilantik oleh Perhimpunan Agung PBB untuk penggal dua tahun bermula 1 Januari, dengan lima anggota diganti setiap tahun. Mereka dipilih mengikut kumpulan kawasan dan mesti disahkan Perhimpunan Agung.
Anggota semasa, dengan kawasan yang diwakili, disenaraikan di bawah:

PenggalAfrikaAsia-PasifikAmerika Latin
dan Caribbean
Eropah Barat
dan lain-lain
Eropah Timur
2016–17Bendera Mesir MesirBendera Senegal SenegalBendera Jepun JepunBendera Uruguay UruguayBendera Ukraine Ukraine
2015–16Bendera Angola AngolaBendera Malaysia MalaysiaBendera Venezuela VenezuelaBendera New Zealand New ZealandBendera Sepanyol Sepanyol