Majlis Keselamatan PBB adalah majlis yang dianggotai oleh sebilangan ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan lima daripadanya adalah anggota tetap yang memiliki kuasa pembatal (kuasa veto); iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia. Ia merupakan organ PBB yang berfungsi untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di kalangan negara-negara. Di mana organ lain PBB hanya boleh membuat cadangan kepada ahli-ahli kerajaan, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan resolusi yang mesti dipatuhi oleh kerajaan negara ahli di bawah Piagam PBB. Keputusan-keputusan majlis dikenali sebagai Resolusi Majlis Keselamatan PBB. Presiden Majlis Keselamatan ini digilir-gilirkan dan berakhir hanya untuk setiap bulan bagi setiap giliran.
Anggota tetap
Ahli-ahli yang tetap mempunyai kuasa veto (kuasa dunia) terhadap mana-mana resolusi yang diluluskan oleh Majlis. Ahli-ahli tetap yang asal semasa penubuhan Majlis Keselamatan dipilih daripada negara-negara yang menang semasa Perang Dunia Kedua:
Wakil-wakil tetap negara itu dalam Majlis Keselamatan adalah:
Anggota Lantikan
10 lagi anggota dilantik oleh Perhimpunan Agung PBB untuk penggal dua tahun bermula 1 Januari, dengan lima anggota diganti setiap tahun. Mereka dipilih mengikut kumpulan kawasan dan mesti disahkan Perhimpunan Agung.
Anggota semasa, dengan kawasan yang diwakili, disenaraikan di bawah:
Penggal | Afrika | Asia-Pasifik | Amerika Latin dan Caribbean | Eropah Barat dan lain-lain | Eropah Timur | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2016–17 | Mesir | Senegal | Jepun | Uruguay | Ukraine | |||||
2015–16 | Angola | Malaysia | Venezuela | New Zealand | Sepanyol |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan