Isnin, 17 Oktober 2016

Peraturan dan Undang-undang Media Sosial

Peraturan dan Perundangan

Peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan penggunaan media sosial adalah seperti yang berikut:

• Akta Rahsia Rasmi 1972.
• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
• Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
• Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 17 Julai 2009 bertajuk “Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam”.
• Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 19 Nov 2009 bertajuk “Penggunaan Media Sosial Di Sektor Awam”.
• Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 8 April 2011 bertajuk “Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam”.

AZAM Niaga dan AZAM Khidmat

AZAM Niaga & Khidmat

SYARAT PERMOHONAN AZAM NIAGA & KHIDMAT

Warganegara Malaysia; Disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih; Berumur 18 tahun ke atas; dan Mempunyai minat, berkemahiran, berpengalaman dan masih produktif dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan berskala kecil.

 SENARAI PAKEJ PROGRAM 1AZAM (AZAM NIAGA & KHIDMAT)

 AZAM Niaga

1) Pakej Char Kuew Teow
2) Pakej Ice Blended
3) Pakej Nasi Lemak Kukus
4) Pakej ABC & Cendol
5) Pakej Burger
6) Pakej Roti John
7) Pakej Satay
8) Pakej Air Tebu
9) Pakej Jagung Manis & Waffle
10) Pakej Goreng Pelbagai
11) Pakej Kuih-Muih
12) Pakej Kedai Makan
13) Pakej Sejuk Beku
14) Pakej Roti Canai

AZAM Khidmat

1) Pakej Jahitan
2) Pakej Cuci Kereta
3) Pakej Gunting Rambut
4) Pakej Mesin Rumput
5) Pakej Urutan & Refleksologi
6) Pakej Spa Secara Mobil
7) Pakej Katering

Jumaat, 14 Oktober 2016

Soal Jawab Program 1AZAM

SOALAN LAZIM

1. Apakah matlamat NKRA LIH?

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan Kementerian Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah (LIH) dalam usaha mengetengahkan pelbagai usaha dan inisiatif bagi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat isi rumah berpendapatan rendah. Salah satu inisiatif NKRA LIH adalah melalui Program 1AZAM, iaitu program penjanaan pendapatan melalui aktiviti ekonomi seperti perniagaan, jahitan, ternakan dan pertanian secara kecil-kecilan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Program 1AZAM?

Program 1AZAM adalah merujuk kepada jenis-jenis pekerjaan dalam bidang kerja, khidmat, tani dan niaga yang dikenal pasti sesuai serta boleh dilaksanakan bagi menjana dan meningkat pendapatan golongan miskin. Terdapat lima (5) program di bawah Program 1AZAM iaitu:

a) AZAM Niaga - Menyediakan peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan skim kredit mikro. Antara jenis perniagaan yang boleh diusahakan ialah produk makanan dan minuman, barangan kraftangan, dan perniagaan runcit. Program ini dilaksanakan dengan usahasama agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KKWKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM).

b) AZAM Khidmat - Menawarkan peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan dengan memberi latihan kepada peserta bagi membolehkan mereka mempunyai kemahiran tertentu seperti rawatan penjagaan diri, urutan dan refleksologi. Program ini dilaksanakan dengan usahasama Amanah Ikhtiar Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KKWKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM).

c) AZAM Kerja - Menawarkan peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Projek ini memberi fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Peserta projek ini akan diberi latihan kemahiran yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti, pelayan restoran, pekerja restoran makanan segera dan pekerja hotel. Program ini dilaksanakan dengan usahasama Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KKWKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM). 

d) AZAM Tani - Memberi peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian yang memberikan hasil/pulangan jangka pendek seperti tanaman sayuran dan buahbuahan (cili fertigasi, sawi, nenas dan jagung), ternakan (ikan air tawar, ayam, dan itik). Projek ini dijalankan secara pertanian berkelompok dan individu. Program ini dilaksanakan dengan usahasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak (KKWPK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM).

e) AZAM Bandar - Disasarkan untuk membantu golongan miskin bandar meningkatkan kemahiran melalui kursus latihan dan kemahiran dan membekalkan bantuan peralatan agar mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan. Program ini dilaksanakan dengan usahasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KKWKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM).

3. Siapakah golongan yang boleh menyertai program 1AZAM?

a) Mereka yang ingin menyertai Program 1AZAM mestilah berdaftar di dalam sistem eKasih;
b) Mereka boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih sebelum sebarang Program 1AZAM boleh ditawarkan kepada mereka; dan
c) Hanya permohonan yang telah disahkan sahaja boleh dipertimbangkan untuk penyertaan. Segala prosedur permohonan eKasih boleh dirujuk kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (http://www.icu.gov.my/).

4. Apakah kriteria permohonan 1AZAM?

Syarat-syarat kelayakan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih;
c) Berumur 18 tahun ke atas; dan
d) Mempunyai minat, berkemahiran, berpengalaman dan masih produktif dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan berskala kecil

5. Sekiranya saya masih berminat bagaimanakah cara untuk membuat permohonan baru?

Tuan/Puan boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih sebelum sebarang Program 1AZAM boleh ditawarkan kepada tuan/puan.

6. Kenapa perlu berdaftar dengan eKasih?
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Bermula tahun 2014, pihak KPWKM telah menetapkan syarat bahawa peserta perlu disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih terlebih dahulu bagi melayakkan diri mereka untuk memohon bantuan ekonomi seperti
Program 1AZAM.

Khamis, 13 Oktober 2016

Program 1AZAM



Inisiatif utama yang diperkenalkan melalui NKRA LIH (Bidang Keberhasilan Utama Negara Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah) adalah program peningkatan pendapatan kepada isi rumah berpendapatan rendah iaitu Program 1AZAM.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan Kementerian Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah (NKRA LIH) di mana ia telah mengetengahkan pelbagai usaha dan inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, miskin dan golongan B40 melalui Program 1AZAM, program peningkatan pendapatan melalui aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan. 

AZAM Niaga memfokuskan peluang perniagaan berasaskan makanan secara kecil-kecilan.
AZAM Khidmat memfokuskan peluang perniagaan berasaskan perkhidmatan secara kecil-kecilan.

Objektif Program 1AZAM (AZAM Niaga & Khidmat) KPWKM adalah seperti berikut:    

  • Menyediakan peluang kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan;
  • Memperkasa kumpulan sasar supaya boleh berdikari; dan
  • Meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.

KATEGORI AZAM

Terdapat lima (5) projek di bawah Program 1AZAM iaitu AZAM Niaga, AZAM Khidmat, AZAM Tani, AZAM Kerja, dan AZAM Bandar.

❖ AZAM Niaga
Menyediakan peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan skim kredit mikro. Antara jenis perniagaan yang boleh diusahakan ialah produk makanan dan minuman, barangan kraftangan, dan perniagaan runcit.

❖ AZAM Khidmat
Menawarkan peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan dengan memberi latihan kepada peserta bagi membolehkan mereka mempunyai kemahiran tertentu seperti rawatan penjagaan diri, urutan dan refleksologi.

❖ AZAM Tani
Memberi peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian yang memberikan hasil/pulangan jangka pendek seperti tanaman sayuran dan buah-buahan (cili fertigasi, sawi, nenas dan jagung), ternakan (ikan air tawar, ayam, dan itik). Projek ini dijalankan secara pertanian berkelompok dan individu.

❖ AZAM Kerja
Menawarkan peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Projek ini memberi fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Peserta projek ini akan diberi latihan kemahiran yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti, pelayan restoran, pekerja restoran makanan segera dan pekerja hotel.

❖ AZAM Bandar
Disasarkan untuk membantu golongan miskin bandar meningkatkan kemahiran melalui kursus latihan dan kemahiran dan membekalkan bantuan peralatan agar mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.