Khamis, 7 Julai 2016

Bahagian Dasar ICT (DICT)

Soalan Lazim Tentang Bahagian Dasar ICT (DICT)

Apakah peranan NITC?

Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) merupakan organisasi utama yang menguruskan ICT secara strategik untuk kepentingan negara. Majlis tersebut berfungsi sebagai penasihat utama dan perunding kepada Kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan ICT dalam pembangunan nasional.
Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC), sebagai penasihat utama kerajaan dalam bidang ICT dan ‘think tank’, mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa agenda ICT Nasional adalah selaras dengan cita-cita Malaysia. Di antara misinya termasuk memastikan bahawa penggunaan ICT dioptimumkan di dalam ETP dan GTP.
Peranan dan fungsi NITC sedang berkembang untuk membantu Agenda Transformasi Nasional, menekankan usaha lebih bersepadu dalam mengurangkan dan akhirnya menghilangkan “silo” atau “ad-hoc” inisiatif dalam pembangunan ICT Nasional.

Apakah inisiatif Kerajaan untuk memastikan Prasarana Maklumat Kritikal Negara (CNII) berjalan lancar?

Dasar Keselamatan Siber Nasional telah dirancang untuk memudahkan Malaysia bergerak menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi).
Dasar ini diformulasikan berdasarkan kepada Rangka Keselamatan Siber Nasional yang terdiri dari undang-undang dan peraturan, teknologi, organisasi awam-swasta, institusi dan aspek antarabangsa.
Dasar Keselamatan Siber Nasional akan mengurangkan risiko kepada Prasarana Maklumat Kritikal Negara (CNII) yang terdiri daripada sistem maklumat rangkaian 10 sektor-sektor kritikal. Sektor-sektor CNII tersebut adalah:
  • Pertahanan dan keselamatan negara
  • Perbankan/kewangan
  • Maklumat dan komunikasi
  • Tenaga
  • Pengangkutan
  • Air
  • Perkhidmatan kesihatan
  • Kerajaan
  • Perkhidmatan kecemasan
  • Makanan dan pertanian

Apakah bentuk sokongan yang boleh diberikan kepada penganjur yang memohon untuk mendapatkan sokongan dari MOSTI bagi penganjuran persidangan, bengkel atau seminar berkaitan ICT?

Sokongan yang diberikan adalah berasaskan kepada perkara berikut:
  • Penggunaan nama dan logo MOSTI hanya di leaflet, brochure, bunting, banner, iklan atau sebarang penerbitan yang berkait rapat dengan kempen/promosi penganjuran tersebut sahaja
  • MOSTI tidak disabitkan dengan sebarang perkara, sekiranya pihak penganjur menghadapi masalah penganjuran atau didakwa pihak tertentu
  • Tidak melibatkan sumbangan kewangan daripada MOSTI
  • Kakitangan MOSTI tidak dilantik menganggotai sebarang jawatankuasa penganjuran persidangan dan kempen/promosi pada penganjuran tersebut
  • MOSTI tidak terlibat dengan sebarang urusan surat menyurat untuk menjemput peserta program tersebut
  • MOSTI akan membatalkan kebenaran ini sekiranya timbul sebarang kemusykilan yang bercanggah dengan dasar MOSTI

Adakah eContent Fund di bawah MOSTI masih menerima peruntukan dalam RMKe-10?

Dalam RMKe-10, program eContent Fund di MOSTI tidak diteruskan lagi kerana tiada peruntukan. Walau bagaimanapun, peruntukan bagi pembangunan kandungan digital kini telah disalurkan ke Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Dana tersebut dipanggil Dana Industri Kreatif. Pemohon yang berminat dinasihatkan untuk mengakses laman web http://www.kpkk.gov.my untuk keterangan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan