LATAR BELAKANG NKRA LIH
Pada 27 Julai 2009, Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat.
Bagi menghadapi segala cabaran yang menghalang daripada mencapai Wawasan 2020, kerajaan memberikan sepenuh komitmen kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) selaras dengan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahlukan, Pencapaian Diutamakan.
Pelan hala tuju ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan - dalam bidang yang dikenalpasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) - dengan fokus yang khusus pada tahun 2010.
NKRA telah didefinisikan sebagai bidang utama negara. Ia mewakili gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani tuntutan terdesak rakyat dan tidak kurang pentingnya isu jangka masa panjang yang memberi kesan kepada rakyat yang memerlukan perhatian yang khusus.
Tujuh teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat. Bidang-bidang tersebut adalah berkaitan jenayah, rasuah, pendidikan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman, menambah baik pengangkutan awam dan mempertingkatkan kos sara hidup rakyat.
Bagi setiap NKRA, seorang menteri peneraju dilantik bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilantik sebagai menteri peneraju ke-4 yang bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah atau "Low Income Households" (LIH).
TUJUH KEMENTERIAN PENERAJU NKRA:
Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar - Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengurangkan Kadar Jenayah (Keselamatan Awam) - Kementerian Dalam Negeri
Membasteras Rasuah - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pendalaman - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menambahbaik Pengangkutan Awam – Kementerian Pengangkutan
Mempertingkat Kos Sara Hidup Rakyat – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan serta Kementerian Kewangan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan